Bahan Kuliah – Urbanisasi dan Urbanisme 2021/2022

Kuliah Pertama: Pengenalan kepada Struktur dan Pengisian Kursus (Introduction to Course Structure and Content)

Kuliah ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai format pembelajaran dan pengajaran kursus Urbanisasi dan Urbanisme 2021/2022 merangkumi tujuh kuliah yang pertama. Untuk semester ini, kursus ini akan diberikan tumpuan khusus mengenai perbincangan mengenai hubungan antara bandar dan ingatan, di mana perbincangan ini termuat menerusi beberapa topik. Bagi pemarkahan, terdapat 50% markah yang dibahagikan kepada kuiz (10%), ujian individu (20%) dan tugasan individu (20%).

  • Kuiz (10%) – Akan dimuatkan menerusi web ingatanmalaysia.com akan diberikan berdasarkan setiap kuliah, bermula kuliah kedua. Pautan kuiz akan diberi semasa kuliah.
  • Tugasan individu (20%) – Akan diberikan pada minggu kedua untuk diserahkan sebelum/pada 15 November 2021. Tugasan ini akan dimuatkan dalam Ifolio UKM serta diserahkan dalam platform yang sama.
  • Ujian individu (20%) – Akan diberikan pada minggu ketujuh untuk diserahkan sebelum/pada 22 November 2021. Ujian individu ini akan dimuatkan dalam Ifolio UKM serta diserahkan dalam platform yang sama.

Kuliah Kedua: Pengenalan kepada Ingatan Bandar (Introduction to Urban Memory)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami hubungan antara bandar dengan ingatan. Hubungan ini dapat diperhatikan menerusi proses urbanisasi yang berlaku di bandar-bandar besar dunia, yang mana proses ini mendorong kepada perubahan sosial, fizikal dan psikologi masyarakat yang terdapat di bandar-bandar tersebut. Perubahan yang paling tampak tentu sekali ialah perubahan yang bersifat fizikal. Walau bagaimanapun, perubahan yang kurang tampak ialah dampak terhadap beberapa keadaan masyarakat yang bersifat sosiologi dan psikologi yang mana dua sifat ini boleh terwakil menerusi konsep ingatan. Dalam hal ini, konsep ingatan bandar boleh menjadi kata kunci kepada keseluruhan perbincangan dalam kuliah ini.

Kuliah Ketiga: Kota dan Kawasan Ingatan (Cities and The Sites of Memory)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami bagaimana ingatan dihasilkan berdasarkan kepada pembentukan, perkembangan dan keadaan bandar-bandar. Memandangkan bandar-bandar merupakan pusat kepada kehidupan masyarakat moden, maka keadaan ini mencetuskan kepada pembahagian antara pusat dan pinggiran yang sekaligus meyebabkan berlakukan pertumbuhan yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Ketakseimbangan ini dapat diperhatikan dengan ketara menerusi lambakan kawasan ingatan yang terdapat di bandar-bandar besar bagi fungsi yang disesuaikan dengan sistem sosial. Walau bagaimanapun, dalam konteks budaya, fungsi kawasan ingatan ini ialah sebagai pengikat antara masa lalu dengan masa kini/depan kepada sesebuah bandar, dan perihal ini akan dapat diperhatikan menerusi kuliah ini.

Rujukan:

  1. Loughran, Kevin, Gary Alan Fine, and Marcus Anthony Hunter. 2015. “Urban a Spaces, City Cultures, and Collective Memories” in Anna Lisa Tota and Trever Hagen (Eds) Routledge International Handbook of Memory Studies. New York: Routledge: 193-204.
  2. Simona Mitroiu, “Sites of Memory: An Urban Perspective” Acta Scientiarum, 2014, http://www.uem.br/acta, Doi: 10.4025/actascihumansoc.v36i1.22676.
  3. Forde, Susan. 2016. The Bridge on the Neretva: Stari Most as a Stage of Memory in Post-conflict Mostar, Bosnia–Herzegovina, Cooperation and Conflict 2016, Vol. 51(4): 467–483.
  4. Nora, Pierre. 2016. The Rise of Memory, The Israel Academy. Retrieved 18 September 2016 from http://www.eurozine.com/articles/2002-04-19-nora-en.html or http://www.youtube.com/watch?v=UO60HxQgyj4.
  5. Nora, Pierre Nora. 1989 “Between Memory and History: Les Lieux de Mémoire,” Representations, Special Issue: Memory and Counter-Memory. Spring, 26: 8.

Kuliah Keempat: Kota dan Tempat/Bukan-tempat (Cities and Place/Nonplace)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami mengenai kepentingan konsep tempat dan atempat yang terdapat dalam bidang ingatan bandar. Kepentingan ini dihubungkan menerusi peranan tempat sebagai pemberi tanda sejarah dan pengenangan serta peranan bukan-tempat sebagai pemberi fungsi sosial dan pelupaan. Menerusi perkembangan kemodenan, terdapat pertumbuhan tempat yang menjadi bukan-tempat sehingga mencetuskan perubahan struktur masyarakat daripada pra moden kepada moden sekaligus mendorong proses rasionalisasi masyarakat ke arah masyarakat dunia. Keseluruhan kuliah ini, akan menyorot mengenai perbezaan tempat dan bukan-tempat (juga bersamaa dengan konsep atempat/placelessness) ini dalam hubungannya dengan kehidupan masyarakat di bandar. Sorotan ini dilakukan dengan mengaplikasikan perbezaan antara pengenangan dan pelupaan merupakan kod penting yang terdapat dalam konsep ingatan.

  1. Auge, Marc. 2009. Non-Places: An Introduction to Supermodernity. London: Verso
  2. Haghighi, Farzaneh. 2016. In the Shadow of Written History: An Exploration of the Tehran Bazaar as a Non-place, Fatemeh Farnaz Arefian & Seyed Hossein Iradj Moeini (eds) Urban Change in Iran: Stories of Rooted Histories and Ever-accelerating Developments. Cham: Springer, 19-30.
  3. Relph. E. 1976. Place and Placelessness. London: Pion
  4. Cresswell, Tim. 2015. Place: An Introduction. Malden, Oxford & Wess Sussex: Wiley Blackwell.
  5. Hayden, Dolores. 1995. The Power of Place: Urban Landscape as Public History. Cambridge, MA: The MIT Press.

Kuliah Kelima: Kota dan Kerumunan (Cities and Crowd)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami mengenai hubungan antara bandar dan kerumunan menerusi keadaan masyarakat bandar yang mengalami kepesatan pertumbuhan dan kepadatan penduduk. Kesannya, bandar-bandar telah berdepan dengan beberapa keadaan moden yang menyebabkan mereka berfungsi berdasarkan kepada tindakan kolektif yang mana ini mencetuskan kesan kumpulan seperti, “focused gathering” (Goffman), “collective effervescence” (Durkheim) dan “lost in focused intensity” (Gumbrecht). Kesan ini ketara terlihat sewaktu kemelut sosial seperti kegawatan ekonomi, siri protes politik, acara besar, serta pandemik global. Semua keadaan ini telahpun menimbulkan panik sosial, fesyen, tren, yang mana semua ini menyebabkan berlakukan daya kolektif bagi setiap individu yang terdapat di bandar. Dengan menggunakan idea mengenai “cognitive dissonance,” “mobility,” “amnesia” dan “imitation” kita dapat menghubung perbincangan bandar dan kerumunan ini dengan konsep ingatan.

Rujukan:

  1. Borch, Christian. 2020. Social Avalanche: Crowds, Cities and Financial Markets. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  2. Borch, Christian. 2012. Politics of Crowds: An Alternative History of Sociology. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Kuliah Keenam: Kota dan Budaya Material (Cities and Material Culture)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami mengenai hubungan antara bandar dan pembangunannya ekoran perkembangan masyarakat moden. Menerusi pembangunan fizikal yang pesat, bandar telahpun mengalami transformasi besar-besaran. Ini dapat dilihat menerusi pembahagian antara bandar dan luar bandar yang bukan sahaja diwakili dengan perbezaan geografi tetapi juga dengan perbezaan paradigma masyarakat yang berasaskan lokasi tertentu. Sehubungan dengan itu, pembangunan di bandar ini telah menimbulkan perbincangan mengenai pembentukan budaya yang berasaskan kepada materialiti yang terdapat di lokasi-lokasi tertentu seperti tugu, dataran, stadium dan sebagainya. Ini semua menghasilkan budaya material yang dibentuk hasil ikatan antara ingatan dan kehadiran yang antara boleh diperhatikan menerusi beberapa kegiatan seperti upacara peringatan, perayaan, perkabungan dan tindakan performatif.

Rujukan:

  1. Woodward, Ian. 2007. Understanding Material Culture. London: SAGE Publications Ltd.
  2. Pallasmaa, Juhani. 2014. ‘Space, Place and Atmosphere: Emotion and Peripheral Perception’ in Architectural Experience’, Lebenswelt: Aesthetics and Philosophy of Experience 4: 230–245.

Kuliah Ketujuh: Kota dan Trauma (Cities and Trauma)

Kuliah ini bertujuan untuk memahami mengenai hubungan antara bandar dan trauma dengan mengambil peristiwa pandemik global yang melanda kini. Dalam perbincangan ini, pandemik global yang pertama kali muncul di Wuhan, China telah memberi kesan kepada kehidupan di bandar dengan mengubahkan keadaan yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya (before/after). Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan harian, tetapi juga memberi kesan psikologi dan sosial yang mendalam kepada masyarakat. Kita dapat melihat peningkatan kes bunuh duri, keterpisahan hubungan dengan anggota keluarga, kehilangan pekerjaan dan sebagai. Semua yang berlaku ini adalah sebuah trauma. Malah, trauma tersebut tidak lagi bersifat trauma individu, sebaliknya menjadi trauma kolektif. Justeru itu, kuliah ini melihat bagaimana trauma kolektif akibat pandemik global ini, terutamanya di bandar-bandar besar dunia, terbentuk dan ditangani oleh pelbagai pihak. Usaha untuk menangani ini tercermin menerusi tindakan kerajaan menerusi dasar-dasar baharu ataupun juga menerusi masyarakat menerusi gerakan kebersamaan.

Rujukan:

  1. Lacapra, Dominick. 2016. Trauma, History, Memory, Identity: What Remains?, History and Theory 55 (October 2016), 375-400.
  2. Alexander, Jeffery C. 2012. Trauma: A Social Theory. Cambridge & Malden: Polity Press.