Ujian Sistem Sosial Malaysia 2020/2021

Cadangan sebahagian bacaan awal untuk ujian. Semua bahan ini sepatutnya boleh diperoleh dalam carian di internet:

  • Borch, Christian. 2011. ‘Power and Politics’, in Niklas Luhmann. London: Routledge, 115-133.
  • Luhmann, Niklas. 1990. Political Theory in the Welfare State. Berlin: De Gruyter.
  • Thornbill, Chris. 2000. ‘Niklas Luhmann’, in Political Theory In Modern Germany: An Introduction. London: Polity Press, 174-207.
  • Brunczel, Balazs. 2010. Disillusioning Modernity: Niklas Luhmann’s Social and Political Theory. Frankfurt: Peter Lang.
  • King, Michael & Thornbill, Chriss. 2003. Niklas Luhmann’s Theory of Politics and Law. New York: Palgrave Macmillan.
  • Moeller, Hans-Georg. 2012. “Democracy as a Utopia: A Deconstruction of Politics,” dalam “The Radical Luhmann.” New York: Columbia University Press.
  • Thornhill Chris. 2006. Niklas Luhmann – A sociological transformation of political legitimacy?, Distinktion. Scandinavian Journal of Social Theory 13: 33-53.
  • Mitchell, Andrew, 2016. Political legitimacy in Japan: a Luhmannian perspective, Journal of Sociocybernetics 16: 15-27.

Soalan dan tugasan untuk setiap pelajar boleh diperoleh di sini. Setiap pelajar satu esei yang berbeza. Ini BUKAN jawapan berkumpulan.


Jumlah perkataan mestilah di antara 500 – 750 patah perkataan, tidak termasuk rujukan. Jawapan mestilah dihantar di Ifolio UKM sebelum/pada 27 Mei 2021.

Pembolehubah Penilaian Tugasan Individu dan Ujian

Kekemasan (tiada typo; tidak berserabut; tidak memuntahkan fakta/hujah; terdapat penggunaan tatabahasa yang berstruktur dan tepat; menggunakan bahasa Melayu aras tinggi).

Kejelasan (penggunaan istilah yang tepat; terjemahan istilah yang sesuai; tiada penggunaan jargon yang tidak perlu; ada huraian ringkas dan difahami untuk istilah yang tidak popular; ayat yang dibuat tidak tergantung; penyusunan bahasa yang ringkas/ekonomik tetapi padat dan menyerlah; esei dapat difahami maksud keseluruhannya).

Penghujahan (pembentangan hujah yang munasabah dan tersusun; setiap hujah diperkuatkan antaranya dengan bukti, contoh dan perbandingan; tiada pengulangan fakta/hujah yang menjolok).

Organisasi (ada keselarasan antara pendahuluan-isi-penutup; ada keselarasan antara setiap perenggan dengan penggunaan kata penyambung yang sesuai)

Gaya (ada penggunaan/permainan seni bahasa seperti anekdot, bidalan/pepatah/peribahasa, perbandingan dan kutipan yang sesuai; pengenalan istilah baharu yang tepat; tiada tanda-tanda name-dropping)

Plagiat (meniru/ditiru bulat-bulat atau mengolah/diolah daripada esei kawan, menggunakan terjemahan langsung atas talian, menceduk sumber Indonesia) akan mendapat markah kosong.