Events

[Pendaftaran] Mengenang Syed Hussein Alatas: Peranan Intelektual dalam Politik

Sesi Perbincangan IKMAS

Syed Hussein Alatas merupakan antara pemikir penting di Malaysia. Sumbangan beliau tidak terbatas dalam kajian akademik, malah beliau turut menyumbang kepada ideologi politik yang berasaskan etika dan moral yang tinggi. Bertitik tolak dari kesungguhannya untuk menyuburkan semangat intelektual dalam politik, Syed Hussein Alatas telahpun berkecimpung dalam dua gelanggang politik: GERAKAN dan PEKEMAS. Di dalam GERAKAN, beliau bersama-sama dengan dua pemikir penting lain, Syed Naquib Al-Attas dan Wang Gungwu, telah menjadi antara tonggak awal semasa penubuhan parti tersebut. Walau bagaimanapun, malangnya, perbincangan mengenai peranan Syed Hussein Alatas dalam politik kurang diperbahaskan berbanding dengan sumbangan akademiknya. Beberapa pertanyaan yang melibatkan penyertaannya dalam kancah politik masih lagi tergantung, termasuklah:

  • Mengapa Syed Hussein Alatas pernah memilih jalan politik sebagai wahana perubahan?
  • Apa matlamat yang ingin dicapai oleh Syed Hussein Alatas menerusi jalan politik?
  • Apakah Syed Hussein Alatas tidak menyedari betapa jalan politik boleh menjadi jalan buntu untuk projek perubahan masyarakat?, dan
  • Mengapakah akhirnya Syed Hussein Alatas meninggalkan jalan politik dan kembali memberi tumpuan dalam dunia intelektual?

Semua pertanyaan di atas menarik untuk ditanggapi. Justeru itu, IKMAS menerusi projek penyelidikan Ingatan Malaysia menganjurkan satu sesi perbincangan mengenai “peranan intelektual dalam politik” menurut perspektif Syed Hussein Alatas. Program anjuran bersama antara IKMAS & Institut Kajian Dasar (IKD) ini akan menampilkan beberapa pembicara. Ini termasuklah:

  • Prof. Dr. Sufian Jusoh (Pengarah IKMAS, UKM)
  • Dr. Chandra Muzaffar (JUST, video)
  • Khalid Jaafar (IKD)
  • Mak Kah Keong (Setiausaha Agong GERAKAN)
  • Ehsan Shahwahid (Naratif Malaysia)

Berikut adalah butiran sesi perbincangan:

Mengenang Syed Hussein Alatas: Peranan Intelektual dalam Politik

Tarikh: 2 April 2021 (Jumaat)
Masa: 10:30 pagi – 12:30 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat LESTARI, UKM, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor

Penyertaan: Terbuka dengan pra-pendaftaran via ingatanmalaysia.com
Bahasa dalam perbincangan: Melayu/English

Bahan yang ditulis khusus oleh Profesor Shaharuddin Maaruf, Dr. Jomo KS dan Dr. Sharifah Munirah Alatas mengenai topik perbincangan akan diedarkan.

Lokasi UKM dan LESTARI




Pra-pendaftaran Penyertaan


Sebarang pertanyaan boleh dialamatkan kepada: ingatanmalaysia@gmail.com.

Categories:Events

Tagged as: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s