Essay

Dua Bentuk Ingatan: Presentis dan Tradisionalis

Modeniti, dalam suatu tuduhan terhadapnya, dianggap menyisihkan masa lalu. Di era moden, naratif gergasi (grand-narrative) mula dicabar dan ini mendorong pemerhatian manusia terhadap masa lalu turut berbeza. Kesan ini sangat ketara semenjak tahun 1960-an, di mana masa lalu menjadi semakin kurang bermakna, sekaligus tradisi menjadi tidak begitu penting. Bak kata Schwartz:

“By the late 1960-an, the past became more meaningless to more people than ever. The young not only thought about it differently; they thought about it less often, remembered less, and felt less strongly about what they remembered.”

Penguasaan modeniti terhadap tradisi di zaman ini telah membuka banyak kemungkinan. Dalam kajian sejarah, kemungkinan bahawa fakta masa lalu boleh ‘diubah’ menjadi sesuatu yang boleh difikirkan. Inilah yang cuba dilakukan, antaranya, oleh Eelco Runia dalam “Moved by the Past, Gumbrecht dalam “Our Broad Present” dan Frank Ankersmit dalam “Sublime Historical Experience.” Mereka kesemua adalah para pemuka bagi sebuah gagasan yang semakin mendapat perhatian: kehadiran (presence).

Lawan kepada kehadiran ialah makna (meaning). Dikotomi ini boleh diwakili dalam beragam perbandingan. Mithalnya, menurut Bartmanski & Alexander, ia turut boleh dibezakan antara wacana (discourse) dan aesthetik (aesthetics) serta akal (reason) dan kesan (affect), selain dengan perbandingan antara kedalaman (depth) dan permukaan (surface). Walau bagaimanapun, perbandingan yang ingin diteroka di sini ialah antara presentis (presentist) dan traditionalis (tradistionalist).

Perbandingan presentis/tradisionalis ini sanagt berguna dalam kajian ingatan (memory studies). Ini ketara dibicarakan oleh Schwartz dalam “Culture and Collective Memory”. Pintu masuk kepada perbincangan ini ialah mengenai cara kita memandang masa lalu (the past). Pada tahun 1982, buku teks di Jepun menggunakan perkataan “maju” (advanced) berbanding menceroboh (invaded) tatkala mengambarkan kemasukkan tentera Jepun ke tanah besar China dan Korea. Ini mendapat reaksi keras dari negara jiran Jepun. Di sini, jelas sekali, cara memandang masa lalu sangat bergantung kepada masa kini. Ia menunjukkan ada ketegangan antara presentis dengan tradisionalis.

Presentis, percaya bahawa masa lalu mesti bersandar kepada konteks semasa. Ia boleh menjadi swa-rekaan (self-created), fiksi yang beranalisa (analytic fiction) dan bersifat dagang (in transition). Manakala, tradisionalis, percaya bahawa masa lalu adalah diwarisi (inherited), sumber kekuatan dan moral dan bersifat fakta. Walau bagaimanapun, sejak beberapa dekad mutakahir, perspektif presentis mula mendominasi pentas akademik dalam kajian ingatan. Dengan kemunculan “balikan kebudayaan”, balikan keruangan”, “balikan material,” ingatan sebagai suatu rekonstruksi mula dianggap sebagai pilihan unggul dalam memandang masa lalu. Malah, Jan Assmann (1995), seorang tokoh besar dalam kajian ingatan, sendiri menyebut bahawa ingatan mempunyai “capacity to reconstruct” tatkala menyenaraikan enam ciri terpenting dalam ingatan kebudayaan (cultural memory).

Sudah tentu, jalur yang dipilih oleh Assmann ini, tidak jauh berbeza dengan pendahulunya, terutamanya Maurice Halbwachs. Ini kerana Halbwachs sendiri berhujah bahawa inagtan ramai merupakan “ a reconstruction of the past in the light of the present”. Dengan ciri rekonstruksi ini, ingatan dalam bentuk presentis mempunyai dimensi yang bersift politik. Ini kerana, kemampuan untuk merekonstruk adalah juga kemampuan untuk mengubah, yang sekaligus menjadi unsur politik. Sehubungan dengan dengan ciri rekonsrkrsi dan politik ini, maka makna menjadi sumber kekuatan bagi presentis. Dengan makna, ia membina identiti menerusi representasi dan tafsiran.

Schwatz menyebut perkara ini dengan:

“In the presentist perspective,m inferred from constructivist, political and postmodern models of memory, different elements of the past become more or less relevant as circumstances change. The most inclusive term, “preentist”, empahsizes what he specific models have in common, namely a focus on concrete situations as the basis for the past’s perception and representation.”

Sebagai perbandingan, Schwartz turut menyentuh mengenai perspektif tradisionalis. Sekiranya presentis mengutamakan masa kini, maka tradisionalis boleh dikatakan sebagai mengutamakan masa lalu. Dalam hal ini, masa lalu menjadi bingkai yang membentuk piawai masa kini. Sekiranya unsur konstruktivisme sangat tebal dalam presentis, maka unsur realisme pula adalah warna bagi tradisionalisme. Begitu juga sekiranya unsur swa-rekaan dalam presentis, maka unsur autentik dalam tradisionalis. Dalam hal ini, apa yang ada pada masa kini merupakan wearisan (inherit) dari masa lal, dan setiap perubahan yang berlaku bukannya merupakan epncipata baharu akan tetapi merupakan pengubahan dari yang lama. Dalam ungkapannya:

“Tradisionalist eprspective refers to realist models depicting the past as a standard and frame for the preent. Assuming the historical record to be reasonably autentic, such models construe collective memory as a source of energy and moral direction —in short, an independent variable.”

Malah tambahnya lagi, sambil merujuk ekpada Schudson (1989, 1992):

“Because traditionalism places so much weight on the relaity of the past, collective memory appears, in its light, to be inhereited rather than self-created. History and tradistion constantly revise themselves, but they are modifying the essence of existing ideas rather than creating new ones.”

Natijah dari perbahasan antara presentis dan tradisionalis dalam kajian ingatan ini, maka kita melihat terdapat dua trend utama: melihat masa kini sebagai kesinambungan dari masa lalu (tradisionalis), atau, melihat masa kini sebagai ketaksinambungan dari masa lalu (presentis). Perbincangan ini akan menjadi lebih menarik, kerana ia akan membuktikan terdapat dua fungsi utama ingatan yang merangkai antara kesinambungan (biasanya digunakan juga istilah, repetition) dan ketidaksinambungan (biasanya digunakan juga istilah, change, ruin, rupture, innovation, etc). Perbincangan seperti ini yang kemudiannya cuba diteroka oleh beberapa pengkaji seperti Rusen (2007), Elena Esposito (2016), Jaago (2014) dan Zerubavel (2003).

Paling jelas, pembahagian mengenai tradisionalis dan presentis ini turut disentuh oleh Olick (2010):

‘Traditionalist’ models, for instance, assimilate collective memory to heritage, patrimony, national character, and the like, and view collective memory as a bedrock for the continuity of identities. They often ask how collective memory shapes or constrains contemporary action.

Demikian mengenai tradisionalis. Manakala tentang presentis, Olick terus berujar:

On the other hand, ‘Presentis’ models assimilate collective memory to manipulation and deception, a mere tool in the arsenal of power. They ask how contemporary interests shape what images of the past are deployed in contemporary contexts and see memory as highly variable.

Lebih menarik, Olick tidak berakhir di salah satu kutub, sama ada tradisionalis mahupun presentis. Malah, Olick melihat tiada satupun antara dua kubu ini dapat menhelaskan mengenai kompleksiti dalam ingatan, yang selalu berada antara legasi masa lalu dengan hasrat masa depan. Malah, Olick melihat perundingan (negotiation) ini lebih kepada persoalan empirikal berbanding teoretikal.

Sehubungan dengan itu, persoalannya kini: Apakah ada jalan tengah antara presentis dan tradisionalis? Apakah rupa “the middle range theory of memory” sekiranya ada? Dan, bagaimanakah jalur tengah ini dapat dikaitkan dengan trauma yang memangpun telah menjadi kembar kajian kepada ingatan?

Rujukan:

Assmann, Jan. 1995. Collective Memory and Cultural Identity trans. John Czaplicka, New German Critique 65: 125-133.

Rüsen, Jörn. 2007. ‘Holocaust Experience and Historical Sense Generation’, Fortid 2: 37-47.

Zerubavel, Eviatar. 2003. Time Maps: Collective Memory and the Social Shape of the Past. Chicago & London: The University of Chicago Press.

Jaago, Tiiu. 2014. ‘Discontinuity and Continuity in Representations of 20th Century Estonian History’, Culture Unbound 6: 1071-1094.

Esposito, Elena. 2016. ‘Tools to Remember an Ever-Changing Past’, in Alberto Cevolini (Ed.) Forgetting Machines: Knowledge Management Evolution in Early Modern Europe. Leiden & Boston: Brill, 335-344.

Schwartz, barry. 2010. Culture and Collective Meory: Comparative Perspectives, dalam John R. Hall, Laura Grindstaff dan Ming-Cheng Lo (Editor) Handbook of Cultural Sociology. London dan New York: Routledge, 6-19-628.

Bartmanski, Dominik & Alexander, Jeffrey C. 2012. ‘Materiality and Meaning in Social Life: Toward an Iconic Turn in Cultural Sociology’ in Jeffrey C. Alexander, Dominik Bartmanski & Bernhard Giesen (Eds.) Iconic Power: Materiality and Meaning in Social Life. New York: Palgrave Macmillan, 1-12.

Olick, Jeffrey K. 2010. From Collective Memory to the Sociology of Mnemonic Practices and Products, in Astrid Erll & Ansgar Nuenning (Ed) A Companian to Cultural Memory Studies. Berlin & New York: De Gruyter.

Categories:Essay

Tagged as: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s