Panggilan Makalah dan Seminar mengenai Urbanisasi di Selangor

PENGENALAN

Selangor dianggap sebagai antara negeri yang mengalami proses urbansasi yang paling pesat di Malaysia. Perubahan ini boleh diperhatikan berdasarkan kepada pertambahan jumlah populasi, kadar pembangunan serta peningkatan hubungan jaringan dan komunikasi antara negeri tersebut dengan negeri dan negara lain. Beberapa hub utama negara terletak di Selangor seperti KLIA (pengangkutan udara), Kompleks Bersepadu Bandar Tasik Selatan (pengangkutan darat) dan Perlabuhan Klang (pengangkutan laut). Dengan perkembangan urbanisasi ini, Selangor malah dianggap sebagai antara negeri yang termaju di Malaysia. Walau bagaimanapun, proses urbanisasi yang dinikmati oleh Selangor ini perlu dibayar dengan harga yang mahal. Ini kerana Selangor telah menerima beberapa kesan sampingan daripada kemajuan yang diterimanya seperti pencemaran alam (udara, air, bunyi dan sebagainya), peningkatan kadar jenayah, kebanjiran pendatang tanpa izin, kewujudan miskin bandar dan lain-lain lagi. Sungguhpun begitu, dalam pada masa yang sama, proses urbanisasi turut memberi kesan positif kepada Selangor. Kita boleh melihat Selangor menjadi negeri seni, kebudayaan dan rekreasi dengan beberapa program mereka seperti projek terjemahan buku IBDE, penubuhan Rumah Seni Selangor, penerokaan, pembangunan dan pemuliharaan kawasan pelancongan serta warisan dan sebagainya. Justeru itu, suatu perbincangan yang menyeluruh mengenai dampak urbanisasi—sama ada positif atau negatif—di Selangor wajar dimulakan. Maka, projek Kajian Urbanisasi di Selangor ini merupakan langkah pertama ke arah perbincangan yang menyeluruh tersebut.

Projek ini dimanifestasikan dalam bentuk penyelidikan yang melibatkan beberapa penulis yang berminat. Mereka yang secara sukarela ingin terlibat dalam projek ini dikehendaki menyerahkan abstrak kajian mereka mengenai urbanisasi di Selangor dan menyerahkan makalah akhir mereka sebelum/pada 15 Mac 2021 dan melakukan pembentangan dalam sebuah seminar yang dirancang di IKMAS, UKM pada 2 April 2021.

Setiap makalah dalam Bahasa Melayu tersebut mestilah mengandungi jumlah perkataan antara 2500 hingga 3000 patah. Kumpulan makalah ini akan diterbitkan dalam sebuah buku suntingan. Manakala perbincangan berkala secara individu atau kumpulan akan diatur dari semasa ke semasa.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi borang di bawah.

CADANGAN TOPIK

Urban Design • Economy, Industry and Planning • City Planning • Politics, Social Change and Urban Design • Cities in Transformation • Transformation of Residential Areas • Transportation and Urban Design • New Ideas in Urban Design • Planning Visions: Past and Present • Equality, Inequality and Urban Design • Civic Participation and Governance • Social Policy and Urban Design • Public Health and Cities • Planning and Instruments of NGOs • Sustainability and Urban Design • Globalisation and Urban Design • Arts, Culture and Placemaking • Race, Gender, Ethnicity and Urban Issues • Politics and City Planning • Industry, Economy, and Urban Design • Water and Resource Management • Planning History • Squatters / Slums and Cities • Planning and Sustainable Development

TARIKH PENTING

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 27 Disember 2020

Makluman abstrak diterima: 3 Januari 2021

Tarikh akhir penghantaran makalah: 15 Mac 2021

Tarikh seminar (Virtual or In-person presentation): 2 April 2021


BORANG PENYERTAAN KAJIAN URBANISASI DI SELANGOR